Posted by: munchkinstar on: 26 July 2009
Kawan aku bersifat biadap dengan aku.. Telah memalukan aku dengan satu perkataan..
M E N A G A N T U K..
Ape kah itu??
Itu namenyer typo error.. Ade paham??! Tapi member aku yang sengal ni dok gelak kan aku sampai guling2..
Sangat biadap aku rasekan..
Sangat malu..
Sangat.. Sangat.. (tak terkate dah..)
Inilah kelemahan aku.. Dulu kecik2 tak nak blaja pandai2..
Tu yang eja mengantuk camtu tu..
Gaye dah macam hebat time menaip. Konon laju.. Tapi HAMPEH..
Ces.. Aku malu..
Posted by: munchkinstar on: 26 July 2009
Dalam team aku ni, ade satu awek ni yang aku tak brape nak berkenan. Name nyer, Si Yal (bukan name sebenar)…
Si Yal ni bukan la awek pun aku rase. Sebab nyer:-
Untuk pendek kan citer, minah ni da banyak kali buat taik ngan kitorang (Aku, Lily, Zida, Tini). Yang menjadi masalah ialah Si Yal ni, die takde kesedaran diri.
Bagi die, die tak penah salah. Orang lain je yang asyik buat salah. Taik die, die kate taik orang lain. Padahal terang2 die berak kat situ. Tak ke Si Yal sial name nyer..
********************
PERIHAL 1
Lily sangat malang dapat sebilik dgn Si Yal time kursus hari tu. Hotel dah mantap, GRAND BLUE WAVE. Tapi dapat rummet Si Yal pulak.
Bukan ape, Lily ni manusia biase yang berdarah panas. Walaubagaimanapun, Si Yal tu spesies COLD BLOODED umpame anjing laut. Bile digabung dengan sifat semula jadi die yang selfish tu, Si Yal pun bukak la aircon pada tahap maksima seolah2 berade di Artik Utare.



Lily sejuk tahap dewa, gigil2 lalu pakai sweater 3 4 lapis dengan stoking tebal. Sekali sekale Lily akan perlahankan aircon tapi Si Yal, dek kerane sifat selfish die, akan kuat kan balik penghawe dingin tu.
Tak terpikir ke Si Yal untuk bertanye pade Lily samade brase sejuk sangat atau tak??
Atau adekah die bute tak nampak yang Lily dah menggigil2, pakai sweater berlapis2??
Atau die hanye bersifat terlalu pentingkan diri sendiri a.k.a selfish nak mampos??
HELO KAK!! Ko kalo da nampak member da gigil2, pakai berlapis2, pernah perlahankan aircon, ape kate ko bagila chance kat member untuk rase kepanasan anugerah tuhan sekejap. Bukan nyer ko mati pun kalo member perlahankan aircon tu!! PANAS SANGAT KE?? AKHIRAT LAGI PANAS KAK OII!!
Lily, bagi menjage kedamaian persahabatan dgn Si Yal, telah melarikan diri ke bilik aku dengan Zida (Zida dgn aku sebilik è ALHAMDULILLAH) dengan tujuan untuk mendapat tidur yang lena. Aku dengan Zida sebagai manusia biase yang berdarah panas a.k.a mamalia, kitorang tak perlu nak ON aircon kuat2. Bilik tu memang azali sangat sejuk tanpe aircon pun.
Buat pertame kali, Lily dapat tidor dengan syok dan selese.
Kebetulan, malam tu, aku demam. Make, aku tidor awal. Lily da terbongkang kat sebelah aku, joining the sleeping club. Zida pulak, tengah mem’buzy’kan diri dengan bermunajat (baru nak solat Isyak). Mase tu da pukul 11.30 mlm.
Oleh sebab aku dengan Lily da lena tidor, masing2 tak dengar bunyi tepon. Zida plak, tengah solat. Mule2 handphone Lily, lepas tu handphone Zida, lepas tu handphone aku.. Gilir2 ber’vibrate’ tapi tak sekor pun yang angkat..
Last2, sume handphone masuk mesej yang berbunyi macam ni,” KORANG NI NAPE SORANG PUN TAK ANGKAT TEPON MASE AKU CALL?? LILY MANE?? DIE TU TAK NAK BALIK BILIK KE??”
Lebey kurang camtu la mesej nyer.
Rupe2 nyer, Si Yal tu penakut. Takut tidor sorang2. Tapi still tak reti nak sedar diri untuk pelankan aircon untuk member (Lily) yang akan temankan die tu.
********************
SELFISH KAN?? Ade ke orang yang selfish camtu??
Jawapan nyer = MESTILA ADE!!
Banyak lagi kisah Si Yal..
Posted by: munchkinstar on: 7 July 2009
“Ey Sara, aku nak request nih..”
“Ape lagi nak request2?? Adui ai.. Tu kan keje ko, apesal plak aku yang kene buat??”
“Alaa.. Boley arr..” Lily buat muke 2 sen die kat aku.
Hisyh.. Menyampah betul la aku. Aku ni dah la baik hati orangnyer. Lembut hati serta budi pekerti. Ni yang aku malas nih. Ade jugak yang bersepai kepale ni karang. Aku tau la aku in-charge cleaning tapi ini dah melampau..
“Ko ni.. 2 kali 5 je tau ngan member aku tuh.”
Lily sengih menampakkan gigi die yang macam putih tu. Sape yang hatinyer tak terbakar kalo disuruhnyer angkatkan ‘bende2′ peribadi dorang yang ntah bersih atau tak tuh. .
***************
Mestilah kengkorang tak paham kisah disebalik story kat atas ni kan?? Mesti tertanye2 bende ape yang peribadi tu kan?? Biar aku bagi hint dan elaboratekan..
**********
HINT PERTAME
Al-kisah duduknyer disebuah rumah pangsa kecil tetapi bersih, dua orang gadis. Satu bername Nira dan satu lagi namenyer Hasra. Didapati bahawa Nira ni, slalu buang air sepah2 tapi masih dalam tandas la. Cume nyer, kat luar mangkuk tandas. Si Hasra ni pula, pembersih orangnya.
Oleh yang demikian, Hasra berase sangat panas hati sehingga terbakar membare. Ape taknyer, setiap hari die terpakse menjadi pencacai yang berkaliber. Kadangkala, die menjadi orang gaji. Kalo die buat part-time, mesti dah kaye. Tapi dalam kemarahan yang membuak2 itu, die masih lagi tetap bersabar. Sekali sekale, die sound si Nira.
Nira pula, mungkin disebabkan jenis yang tak berape nak malu dengan sikapnye yang boleh menyebabkan orang ramai terjeluak, buat slambe dek sahaje walaupun telah ditegur oleh Hasra.
Hasra berdoa agar Nira blah cepat2. Tapi watak2 jahat ni selalunye kekal lame. Namun akhirnye, Nira bla jugak..
Alhamdullilah..
**********
HINT KEDUA
“Weh, ko pindah la bilik. Brader tu kate tak leh nak tolong dah. Dah sumbat dah lubang jamban ko tuh”
“Yelah. Lepas makan nanti aku pindah. Korang sume tolong tau aku angkat barang tau”
Tige sekera sekawan ni pun pergi la makan sesame.
BEEP! BEEP! Message masuk..
[Aku nak minta tolong la tapi malu. Nanti ko nak angkat2 barang kan?? Nanti tolong angkatkan suar kecik barang aku ye... -Nana-]
EEeeeewwWWW..!! Zida ngan Sahra dah tergelak2. Merah padam muke Lily.
“Lily, ko dah jadi pencacai cam Hasra”
**********
HINT KETIGA
Hasra = Aku
Lily = Member baik aku
Zida = Member baik aku jugak merangkap pelakon tambahan
Nira = Rahsia
Nana = Pun Rahsia
**********
MORAL: Sape yang makan cili, die yang terase pedasnye..
Posted by: munchkinstar on: 2 July 2009
Hari ni, macam hari2 yang sebelumnye, aku takde idea nak tulis ape.
So, aku bercadang utk merapu. Orang tua2 kate, merapu itu meluaskan minda kite. Bile kite merapu, baru kite akan tau tahap kebijaksanaan kite.
Pagi tadi, aku rase ngantuk tahap nak cium2 meja opis aku. Aku tetap gigih berusaha untuk kekalkan prestasi aku dengan ber’blogging’ dan ber’facebooking’. Nampaknyer, bukan aku sorang je yang terlibat dalam aktiviti underground-opis ni. Ternyata ade member aku yang terlibat skali iaitu Lydia Binti Md Jalil (bukan name sebenar). Kami berlumba2 bagi menentukan kedudukan sapekah yang terhebat dalam aktiviti underground ini. Ternyate Lydia lebih hebat.. (Hebakmu Lyd!! ==> Masih bukan name sebenar)
Cecah je jam 12, aku dah start packing barang.
“Aku makan luar. Sape2 pun jangan ikut k..” Lepas tu, aku terus blah keluar meninggalkan brader2 dan akak2 opis tuh tercengang2. Walaupun xde orang yang kate nak ikut pun, aku saje je bagi statement camtu. Terase best plak.
Lepas tu, aku terus ghaib demi menjalankan aktiviti underground lain di mane hanya Lyd sahaja yang tahu..
Posted by: munchkinstar on: 19 June 2009
Jantung aku nak terklua seyh..
Itulah yang aku rase time percubaan ala ala suicide tuh. Gaye dah best dah..
“No 1 ready to jumpe sir!”
Siap teriak tuh. Gile confident. Skali….. hampeh..
Aku underestimate betul ketinggian meloncat tuh. Nampak cam dekat, cam senang. Bile dah loncat, pucat terus muke. Member siap peluk tiang (ok, aku exaggerate lebey2 plak.Tapi mmg ade yg dah nk loncat, skali xjadi). Ape taknye, 2 tingkat tuh nak terjun dalam air. Bro, dengar memang macam sedap, alah, dua tingkat je. Cube convert dulu, kasi tengok tinggi tak tinggi..
2 tingkat = 3 kali manusia = 4m = 400cm
Hoh! Tak ke banyak tuh.. Siap ble nampak pakcik kat busstop kat seberang jalan tu haa.
“Line clear!” Salah beb..
“Down clear!”
Terjun!! Tak payah loncat2 pun. Bak kate Iman Fiqrie (training dari US tapi Islam) dengan sleng mat salleh die, “You just step (cara sebut dengan sleng ialah ste-ap) only..” Bile dah terjun barula tau yang jantung ko berpotensi untuk tertinggal kat atas.
Daripada sepatutnye ko landing tegak masuk dalam air, terus jadik bengkok L-shape. Jadinyer, landing atas bontot ar.. Pe lagi. Perit ar..
Kalo dak laki, mandul ar. Sib baik kaki silang, kalo terkangkang, mak ai, nauzubillah. Yang ade penyakit buasir pun boleh sembuh agaknye..
Yang penting kedalaman air pun 4m. Nasib baik pakai life jacket. Memang la boleh je kalo nak terkuis2 berenang, tapi tengokla pakai baju ape. Overall yang cawat pun londeh. Nak kuak katak pun payah, berat tak payah cakap ar. Aku plak punye bangang, dah tau nak rendam dalam air, boleh plak ajak kunci kete aku dengan handphone aku join skali. Petang tuh, kete aku bernombor plat JLM 4079, menyalak kuat2. Orang kat hotel sampai tingkat 7 pun boleh dengar kete aku terjerit2. Guard siap suspek aku mencuri kete aku sendri. Last2 aku cabut fius. Malam tu plak, aku bukak handphone aku sampai bogel sambil tangan capai hair-dryer hotel..
Pape pun, handphone aku berjaya diselamatkan. Kunci aku pulak koma dan disahkan pulang ke rahmatullah pada jam 0830 pagi sehari selepas itu. Aku terpakse bukak pintu pakai manual. Esok aku bawak kete balik ke tanahairnye.
Banyak lagi story. Ni baru kisah hari pertama BOSET. Korang belum lagi dengar cite hari kedua. Aku siap berjumpe dengan Darth Vader. Siap join koloni die lagi.. Hehe..
Tunnggguuuuu….
Posted by: munchkinstar on: 15 June 2009
“Sara, mak ingat mak nak ikut la balik Johor. Mak penat jage cucu. Mak nak berehat. Boleh tak?” Mak tersenyum kulat padaku. Matanya bersinar-sinar meminta simpati umpama kanak-kanak yang inginkan aiskrim.
Aku tersengih. Dah berkali aku ajak mak datang Johor, baru sekarang hatinya terbuka nak ikut. Hati tiba-tiba berdebar. Terasa tak sedap hati pula.
“Kami nak ikut juga lah. Marissa nak ikut opah dan auntie kan?” Kakak aku bersuara lantang dari tangga atas. Kelihatan Marissa sedang melambai-lambai dari dalam dakapannya. Comel betul anak buahku yang baru berusia setahun itu.
“Boleh. Bawa satu kampung pun boleh. Tapi tidur kat luar rumah la nanti.” Aku berseloroh.
Akhirnya, semua pun ikut aku balik ke Johor. Jam 2 pagi baru lah tiba di perkarangan rumah. Rumah pangsa je. Parking Lot pun tak cukup, terpaksa park kereta di padang depan rumah. Kelihatan kereta teman lelakiku di hadapan rumah. Sememangnya aku minta dia datang untuk membantu mengangkat barang. Sangat baik hati teman lelaki aku tu.
“Nanti lintas longkang kat sini ye.” Longkang yang lebarnya hampir 1m itu hanya ditutupi dengan 3 keping papan sebagai jambatan. Mak, dengan tangannya penuh membawa beg, meniti jambatan mini itu.
DUUPP!
“MAK!”
Aku lari sepantas kilat mendapatkan mak. Mak terjatuh. Kakinye termasuk ke dalam lubang. Waktu itu, jantung aku terase seperti nak terkeluar. Aku lihat mak mengerang menahan sakit. Kakinya dibiarkan di dalam lubang. Dia enggan mengeluarkannya. Aku mula khuatir kakinya patah. Aku pantas melihat tangannya, risau jika terluka. Lututnya luka akibat terhentak ke jalan berkerikil itu. Manik-manik jernih mengalir dari mata mak. Aku panik.
Perlahan-lahan aku mengeluarkan kakinya dan mengangkatnya untuk berdiri. Kaki kanannya itu dibiar tergantung. Ternyata mak tidak mampu untuk berjalan secara normal. Aku dan teman lelakiku memapahnya ke rumah. Nasib baik tak jatuh ke dalam longkang . Nasib baik tak terhantuk kepala pada kereta yang parking depan jambatan itu. Nasib baik rumah aku berada di aras satu.
Cepat-cepat aku ambil segayung air panas untuk mencuci lukanya itu. Terhasilnya luka-luka teruk di bahagian atas kakinya akibat bergesel di celah2 lubang konkrit di tepi longkang tu. Rupanya mak termasukkan kakinya ke dalam lubang konkrit di benteng longkang. Dia tidak nampak yang benteng itu berlubang.
“Mak, boleh gerakkan jari-jari kaki tak? Sakit tak bila gerak kan?” Mak menggangguk, kemudian menggeleng. Mukanya jebik seperti merajuk. Aku tuam kakinya perlahan-lahan. Kakinya dah mula membengkak. Kakak dan abang iparku hanya mampu melihat tanpa sepatah kata. Mungkin tidak sampai hati.
“Esok pagi kita pergi klinik ye?” Aku memujuk mak sambil menggosok-gosok tapak kakinya. Die menggangguk.
Aku terpaksa memakaikan stokin pada kakinya supaya tertutup lukanya itu. Bandage tak ada.
Malam tu, aku tidak dapat tidur mengenangkan kejadian itu. Kejadian yang hanya disaksikan oleh aku seorang sedangkan yang lain sedang sibuk dengan perihalan masing-masing. Selang setiap 10 minit, aku akan check keadaan mak. Hati aku sedikit lega melihat mak tidur dengan nyenyak. Aku perlahankan aircon. Mak tak tahan sejuk.
Aku menyumpah seorang diri.
Mataku bergenang. Dadaku sakit dan pedih menahan sebak. Bayangan mak terjatuh di longkang tadi asyik berulang-ulang di mataku. Deras air mataku mengalir. Sekali sekala aku memicit-micit betisnya. Kononnya akan mengurangkan rasa sakit.
“Maafkan Sara Mak.” Bisikku padanya sambil mengucup dahinya..
Posted by: munchkinstar on: 12 June 2009
Perut dah berkeroncong lagu ‘Saujana’. Kena cepat nih. Nanti abis plak lauk.
Hari ini, aku sorang je yang terhegeh-hegeh pergi dinner. Standard procedure dude, buang dulu, baru boleh refill yang baru. Mantap tak mantap gua cakap sama lu..
Semua macam sedap. Semua pun aku kaut. Kalau lyd ade nih, confirm kena punye lah.. Confirm die kena join sekaki. Gdot plak sure bising punye. Tapi dalam bising-bising die tu, mulut mengunyah bagai nak rak. Amik kesempatan terhadap orang lemah macam aku nih..
Aku cari seat yang strategik untuk penglihatan aku. Dengan tangan penuh dan gaya jalan ala model, berseluar pijamas kotak-kotak kuning tahi dan t-shirt hijau bertulis ‘I Love Malaysia’, aku attack direction meja paling hampir dengan makanan-makanan. Bukan apa, senang kalau brader chef tu nak panggil aku bagi nombor telepon die.
Aku sempat kelip-kelip mata kat brader tu. Time tu, aku rase cun habis.
Cecah je kat kerusi, aku sumbat seberape banyak yang boleh dalam mulut selaju yang mampu. Terasa macam tengah ‘food testing’ plak. Lepas settle semua, aku pun bercadang nak lepak kat bilik aku yang ada tandas. Masa naik lif, aku sempat baca poster-poster yang tertempek kat dinding.
‘Konsert Nyanyi-nyanyi Jam 8.30 Malam.Ladies Night’. Tak selera aku tengok brader dalam poster tu. Aku cepat-cepat check diri aku. Lega betul bila semuanya asli..
Ting Tong! Aku pun tunggu..
“AAaaaAAAAaaaaAAAAA!!!”
PPPAAANNNGG!!
Adeh! Pedih betul… Apa salah aku? Perlukah semua ini?
“Oi! Ni aku la.. Yang ko jerit tu apa hal?” Lyd bercekak depan aku sambil gdot terintai-intai dari belakang.
Beristighfar aku. Ingatkan bapok-bapok mane la tadi dalam bilik aku. Terus aku join lyd dengan gdot main make-up make-up untuk cover balik rase bersalah aku..
Posted by: munchkinstar on: 11 June 2009
Sambil tangan aku terlekap ke dua-dua belah dinding, aku menarik nafas panjang.
Pergghhh.. Tak dapat nak luah perasaan tatkala itu. Akan aku cuba lagi dengan lebih bersungguh-sungguh.
Persoalan ini kerap bermain di mindaku, ” Kenapa ini boleh berlaku? Apa salah aku sampai aku boleh terjebak dalam situasi ini?”
Mukaku berkerut menahan seksa, seksa yang terase hingga pening kapale otakku.Menusuk kalbu..
Kelihatan manik-manik peluh dingin mula memenuhi ruangan dahiku yang tak berape luas ni. Aku mesti cube yang terbaik!!
PLOOP!!
Aku tersenyum girang tanda kemenangan bagi pihak yang benar. Ternyate usaha aku tak sia-sia. Aku bergegas menarik flush dan bersihkan ape-ape yang patut.
“Okay. Aku dah ready. Nak aerobik lagu ape ni korang?”
Lyd dan gdot sedang terkinja-kinja follow lagu ‘Racun dan Madu’ diikuti aku kat belakang..
Ape Orang Cakap, Kite Jangan Dengar..